Saturday 19 March 2011

Kawan dan berkawan..

Haa..mai sini aku nk habaq mai..td aku dok lepak2 ngn member aku ni...Besa laa, bila keluaq jalan2 petang2 ni kn, p laa duk makan kat kedai mamak tuu..pa lagi..borak2 laa kami berdua...pastu member aku ni pon bukak laa cerita...

camni cerita nya, masa tengah duk syok cerita pasai FYP atau dikenali sebagai Final Year Project ni tiba2 member aku ni cakap pasai budak rumah sewa dia. Dia cakap budak2 rumah sewa dia tu suka wat keja last2 minit. Dia cerita laa lagi kata budak2 tu bukan nya susah sangat pon project tu..lain laa mcm member aku ni..aku dengaq pn geleng kepala...sepatutnya depa boleh siap awai2 sem lagi...


pastu dia cakap laa pasai member dia sorang ni...memang suka buat qeja last2 minit...bukan setakat buat qeja jaa, nk p kelas pon lambat bangun..dulu, member dia ni nak p kelas tumpang naik moto dia...hari2 dia kena tunggu...5 minit lagi nak start kelas, dia baru mandi...bukan nak cepat2 p mandi, duk wat longlai jaa...

Yang seronok dia, member aku kata sekali pon dia tak penah mintak maaf..tiap2 hari member aku masuk kelas lambat sebab dia...ada sekali 2, dia tinggai jaa member dia kt rumah...dh lambat sangat...terpaksa laa budak tu jalan kaki p kelas...




paih tu member aku sambung lagi cerita, dia tengok budak2 dekat sini tak reti nak jaga kawan...mesti ada yang wat kawan2 sakit hati punya...tak macam kawan2 dia kat kampung...bila ada masalah jaa kawan2 laa mai dulu...

dia cerita laa, dulu dia penah kawan dgn budak2 tengganu...dia kata budak2 tengganu dengan kelantan memang pandai jaga kawan....tak mcm budak2 kat cni...dia kta hipokrit sikit...tu yang dia panaih hati tu...betoi ka dak aku tak tau laa...hampa pikiaq laa sendiri...


tapi laa ni memang susah nak cari kawan yang betoi kawan...kawan susah senang duk skali....

Dalam bab memilih kawan ni, Lukman penah pesan kat anak dia...



"Hai anakku! Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkan sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."

p/s : kepada kawan2 kat luaq sana, aku harap hampa semua jaga laa kawan elok2...satgi bila hampa mati kawan2 jugak yang nak tolong solat jenazah kat ampa...renung2 kan dan selamat beramal....

0 comments:

Post a Comment